Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memadamkan api yang memusnahkan tiga rumah di Kampung Tabuan Melayu, Kuching, hari ini. Foto JBPM

Tiga rumah di Kampung Tabuan Melayu terbakar

KUCHING, 5 Mac: Tiga rumah di Kampung Tabuan Melayu di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dua rumah musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 30 peratus.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Padungan.

Tiga rumah berkenaan dihuni 23 orang.

“Terdapat seorang mangsa mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal telah dihantar ke hospital menggunakan EMRS Batu Lintang,” katanya.

Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan