Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Selasa bahawa syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif, lapor Sputnik/RIA Novosti. Foto AFP

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS – Trump

ByBernama

WASHINGTON, 5 Mac: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Selasa bahawa syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Jika syarikat berpindah ke Amerika Syarikat, tiada tarif!” tulis Trump dalam hantaran di Truth Social.

Terdahulu, Rumah Putih mengesahkan bahawa AS akan meneruskan pelaksanaan tarif yang telah diumumkan sebelum ini ke atas barangan yang diimport dari Kanada dan Mexico.

Pada awal Februari, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan tarif ke atas barangan dari Kanada, Mexico dan China. Tarif import AS sebanyak 25 peratus akan dikenakan ke atas semua barangan dari Kanada, kecuali sumber tenaga yang dikenakan kadar 10 peratus.

Minggu lepas, Trump mengesahkan bahawa tarif ke atas Kanada akan mula berkuat kuasa pada 4 Mac seperti yang dirancang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan