Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Zoom.Earth

Siklon tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir

ByBernama

KARACHI (Pakistan), 4 Mac: Siklon Tropika Alfred mungkin mengakibatkan banjir melanda kira-kira 20,000 rumah di Bandar Brisbane Australia sahaja, pihak berkuasa memberi amaran pada Selasa.

Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW), lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Perbadanan Penyiaran Australia.

Majlis Banda Raya Brisbane memberi amaran, kira-kira 20,000 rumah di Brisbane sahaja berisiko mengalami impak ribut dan banjir yang berkaitan dengan siklon itu.

“Hartanah mungkin mengalami apa-apa sahaja daripada halaman rumah digenangi air hingga banjir yang memasuki rumah mereka,” kata Datuk Bandar Brisbane, Adrian Schrinner.

Ribut dijangka memuncak pada Khamis.

Polis dan perkhidmatan kecemasan mula membuat lawatan dari rumah ke rumah di kawasan tanah rendah di sepanjang pantai tenggara Queensland.

Dengan sistem kategori dua yang diramalkan akan mengekalkan kekuatannya, siklon itu berkemungkinan melanda pada lewat Khamis atau awal pagi Jumaat.

“Siklon itu semakin menguat dan semua maklumat menunjukkan ini sesuatu yang perlu kita ambil serius,” kata Premier Queensland David Crisafulli. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan