Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyelidikan dalam teknologi hijau juga berpotensi mewujudkan peluang ekonomi baharu yang akan menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan negara. Foto hiasan Envato

Sekolah Brunei tingkatkan usaha promosi ekonomi hijau

ByBernama

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mac: Sekolah dan institusi pengajian tinggi di Brunei akan menyediakan laluan bagi tenaga kerja negara itu ke arah ekonomi hijau dengan menawarkan kursus dan latihan mengenai tenaga hijau, pengurusan alam sekitar dan industri hijau, kata seorang menteri kerajaan pada Rabu, lapor Xinhua.

Hajah Romaizah Haji Mohd Salleh, Menteri Pendidikan Brunei, di Majlis Perundangan berkata dengan rancangan itu, daya saing negara dijangka meningkat dan akan memperkasakan pelajar dengan kemahiran yang relevan untuk sektor berkenaan dan secara tidak langsung menarik pelabur dan syarikat global.

Beliau berkata ia akan meningkatkan reputasi Brunei Darussalam sebagai negara yang proaktif dalam kelestarian dan menarik ekopelancongan dan kerjasama antarabangsa.

Penyelidikan dalam teknologi hijau juga berpotensi mewujudkan peluang ekonomi baharu yang akan menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan negara, kata menteri itu.

Menurut beliau infrastruktur hijau di institusi pendidikan akan dipertingkatkan secara berperingkat dengan penggunaan teknologi hijau seperti tenaga suria, sistem penuaian air hujan dan reka bentuk bangunan yang cekap tenaga.

Sekolah Brunei digalakkan untuk melaksanakan konsep kampus hijau dengan taman pembelajaran ekologi untuk pembelajaran interaktif. Inisiatif itu bertujuan untuk menanamkan budaya hijau dan menjadikan sekolah sebagai model kelestarian untuk masyarakat.

Komuniti Brunei sedang meningkatkan usaha untuk menangani cabaran alam sekitar dan melindungi alam sekitar melalui kempen penanaman pokok dan pembersihan, selaras dengan Wawasan Brunei 2035, strategi nasional yang mengutamakan pembangunan mampan dan perlindungan alam sekitar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan