Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Sabah merampas dadah jenis syabu seberat 63.55 kilogram bernilai RM3 juta selepas menahan dua lelaki tempatan di daerah Penampang pada 27 Feb lepas.

Polis Sabah rampas dadah bernilai RM3 juta

ByBernama

KOTA KINABALU, 5 Mac: Polis Sabah merampas dadah jenis syabu seberat 63.55 kilogram bernilai RM3 juta selepas menahan dua lelaki tempatan di daerah Penampang pada 27 Feb lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata dalam serbuan pukul 9 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah itu menahan sebuah kenderaan dinaiki suspek di tempat letak kereta sebuah pasar raya.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat kotak besar berisi bungkusan dadah jenis syabu yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jauteh berkata hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek berusia 30 dan 33 tahun itu negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta dipercayai berperanan sebagai penghantar dadah.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 7 Mac, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut juga mendapati dadah berkenaan dari Semenanjung sebelum dibawa ke Sabah untuk dihantar ke negara jiran melalui Sandakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan