Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Korea Selatan akan mengerahkan semua sumber yang ada bagi mencegah sebarang insiden keganasan pada hari keputusan perbicaraan Presiden Yoon Suk Yeol diumumkan oleh Mahkamah Perlembagaan. Foto AFP

Perbicaraan Presiden Yoon: Polis Korea Selatan siap siaga halang keganasan

ByBernama

SEOUL, 5 Mac: Polis Korea Selatan akan mengerahkan semua sumber yang ada bagi mencegah sebarang insiden keganasan pada hari keputusan perbicaraan Presiden Yoon Suk Yeol diumumkan oleh Mahkamah Perlembagaan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pemangku Ketua Agensi Polis Kebangsaan, Lee Ho-young berkata pada Selasa bahawa pasukan tambahan serta langkah kawalan lain termasuk kemungkinan penggunaan belantan boleh laras akan disediakan pada hari kejadian.

“Kami akan mengerahkan semua anggota polis bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa lalu daripada berulang dan menghalang pertembungan fizikal antara penyokong dan penentang Yoon,” katanya, merujuk kepada kemungkinan keganasan di Mahkamah Perlembagaan.

Pada Januari lalu, penyokong Yoon menyerbu Mahkamah Daerah Barat Seoul sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah menahan presiden yang digantung tugas itu.

Sementara itu, polis juga sedang meneliti keperluan mengeluarkan amaran kecemasan tahap tertinggi pada hari keputusan diumumkan, yang membolehkan penglibatan sehingga 100 peratus anggota polis yang ada.

Menurut laporan media, keputusan itu dijangka diumumkan pertengahan Mac ini.

Yoon telah digantung tugas selepas Dewan Negara yang dikuasai pembangkang meluluskan usul pemecatannya pada 14 Dis atas tindakan Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera.

Mahkamah Perlembagaan kini sedang meneliti kes untuk menentukan sama ada Yoon akan dilucutkan jawatan secara rasmi atau dikembalikan ke tampuk kepimpinan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan