Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemimpin Arab berhimpun di Kaherah pada Selasa menghadiri sidang kemuncak tergempar bagi membincangkan pembinaan semula Gaza dan menggerakkan sokongan untuk pelan pembinaan semula yang diusahakan Mesir Foto AFP

Pemimpin Arab berhimpun di Kaherah bincangkan pembinaan semula Gaza, sokong pelan Mesir

ByBernama

ISTANBUL, 4 Mac : Pemimpin Arab berhimpun di Kaherah pada Selasa menghadiri sidang kemuncak tergempar bagi membincangkan pembinaan semula Gaza dan menggerakkan sokongan untuk pelan pembinaan semula yang diusahakan Mesir, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bercakap pada sidang kemuncak itu, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan pelan yang disediakan oleh Kaherah untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduknya.

Beliau menyeru untuk menggerakkan sokongan antarabangsa dan serantau untuk pelan Mesir.

“Kami berharap usaha Presiden Amerika Syarikat (Donald Trump) untuk mengekalkan gencatan senjata di Gaza akan diteruskan,” katanya.

Mesir “tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang ketidakadilan terhadap rakyat Palestin,” tegas al-Sisi.

Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, pengerusi semasa sidang kemuncak tahunan Arab, menolak pemindahan rakyat Palestin dari tanah mereka.

“Kami menolak sebarang percubaan untuk memindahkan rakyat Palestin, menyokong penyelesaian dua negara dan menyeru untuk menyokong pelan pembinaan semula yang diusahakan Mesir,” katanya dalam ucapan pembukaannya.

Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit berkata keamanan di rantau ini “tidak boleh diancam oleh projek yang tidak realistik.”

“Usaha memindahkan rakyat Palestin secara paksa adalah sama sekali tidak boleh diterima,” katanya kepada sidang kemuncak itu.

Sidang Kemuncak Arab, yang menyaksikan penyertaan luar biasa daripada pemimpin dan pegawai Arab, dijangka menerima pakai pelan Mesir untuk membina semula Gaza, sebagai sebahagian usaha untuk mengemukakan cadangan balas kepada rancangan AS untuk memindahkan penduduk Gaza.

Trump berulang kali menyeru untuk “mengambil alih” Gaza dan menempatkan semula penduduknya dan membangunkannya menjadi destinasi pelancongan.

Rancangannya ditolak oleh dunia Arab dan banyak negara lain, yang mengatakan ia menyamai pembersihan etnik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan