Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Perwakilan Belanda meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menetapkan had umur minimum 15 tahun bagi penggunaan media sosial, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik media Belanda. Foto hiasan Envato

Parlimen Belanda lulus Rang Undang-Undang larang kanak-kanak bawah 15 tahun guna media sosial

ByBernama

MOSCOW, 5 Mac: Dewan Perwakilan Belanda meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menetapkan had umur minimum 15 tahun bagi penggunaan media sosial, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik media Belanda.

RUU itu dicadangkan oleh parti Democrats 66 dan melibatkan sekatan ke atas platform seperti Instagram, TikTok dan Snapchat, susulan media sosial berkenaan dilaporkan menggunakan algoritma yang mendorong pengguna menghabiskan lebih banyak masa di platform itu.

Bagaimanapun, masih belum diketahui sama ada kerajaan Belanda akan melaksanakan larangan terbabit, menurut laporan akhbar Algemeen Dagblad pada Selasa.

Menteri Belia, Pencegahan dan Sukan, Vincent Karremans mengumumkan bahawa beliau akan mengeluarkan garis panduan berkaitan had umur bagi penggunaan telefon pintar dan aplikasi tertentu menjelang musim panas ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan