Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd. Na'im menjawab pertanyaan berkenaan sijil halal pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Malaysia iktiraf 85 sijil halal antarabangsa, perkukuh prosedur pengiktirafan

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Sebanyak 85 Badan Persijilan Halal Luar Negara telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr  Mohd. Na’im Mokthar.

Pengiktirafan itu kata beliau membabitkan organisasi berkaitan sijil halal dari 47 buah negara yang aktif memberi pensijilan halal pada produk yang diimport ke Malaysia.

“Perkara tersebut adalah selaras dengan keperluan dalam Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, perintah 5(1) yang menjelaskan semua makanan atau barang-barang import yang dipasarkan di Malaysia tidak boleh diperihalkan sebagai halal melainkan jika makanan dan barang-baran diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bagi memperkukuh integriti sistem pengiktirafan halal, Mohd Naim berkata, JAKIM kini sedang menjalankan semakan semula terhadap Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) bagi memastikan prosedur sedia ada kekal relevan dan selaras dengan keperluan halal global yang sentiasa berkembang.

Menjawab pertanyaan Datuk Mumtaz Md Nawi (Perikatan Nasional – Tumpat) mengenai jaminan bahawa logo halal luar negara menepati piawaian JAKIM dan usaha memperketatkan prosedur pengiktirafan antarabangsa, Mohd. Na’im memaklumkan JAKIM dalam fasa akhir pembangunan sistem permohonan pengiktirafan FHCB dalam talian, MyIHAB.

“Sistem permohonan digital ini akan membantu meningkatkan kecekapan serta memastikan integriti dalam pengurusan permohonan FHCB.

“Kerajaan melalui JAKIM juga turut memberi penekanan kepada peningkatan kapasiti dan latihan kepada badan pensijilan luar negara bagi memastikan mereka memahami dan mengaplikasikan piawaian halal Malaysia dengan lebih baik.

“Kesemua langkah ini bukan sahaja memastikan logo halal luar negara benar-benar memenuhi piawaian JAKIM, tetapi juga memperkukuhkan kepercayaan pengguna terhadap status halal produk yang diimport ke Malaysia,” katanya lagi. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan