Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia mengumumkan kerjasama dengan syarikat semikonduktor cip kecerdasan buatan (AI), global, Arm Limited untuk melatih 10,000 jurutera reka bentuk litar bersepadu (IC). Foto, Afiq Johari (TVS).

Malaysia, Arm Limited latih 10,000 jurutera reka bentuk IC

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Malaysia mengumumkan kerjasama dengan syarikat semikonduktor cip kecerdasan buatan (AI), global, Arm Limited untuk melatih 10,000 jurutera reka bentuk litar bersepadu (IC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program yang dilaksanakan menerusi kerjasama strategik itu bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri semikonduktor.

Sehubungan itu, beliau meminta jentera kerajaan dan agensi berkaitan untuk melaksanakan program khas bagi mempersiap mahasiswa dengan kemahiran dalam bidang semikonduktor.

“Persiapan bukan sahaja daripada sudut ekosistem tetapi latihan, segala kemudahan yang mungkin harus dikerahkan untuk melaksanakan program ini,” katanya.

Anwar berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik Silicon Vision bersama Arm Limited 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Ekonomi, Datuk Rafizi Ramli, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Arm, Rene Haas.

Jelasnya, perkara itu juga telah dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tengah hari tadi.

“Kita bicarakan keperluan seluruh jentera kerajaan, universiti, pusat pendidikan, industri, agensi sains harus digerak dan dikerahkan untuk memastikan anak-anak kita punyai latihan yang cukup dari segi kelayakan, keterampilan dan kemahiran supaya dapat memanfaatkan kehadiran syarikat semikonduktor gergasi seperti Arm,” katanya.

Anwar menambah, menteri-menteri berkaitan juga perlu mendapatkan laporan mengenai program itu dengan segera setiap bulan berdasarkan pelan kerjasama dengan Arm dan pemain industri tersebut. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan