Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak. Foto Kuching City FC

Kuching City kekal fokus hadapi laluan berliku baki saingan liga

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 5 Mac: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mahu pasukannya mengekalkan fokus menjelang baki perlawanan Liga Super yang semakin mencabar.

Menurut pengendali dari Singapura itu, selepas ini Kuching City dijadual bertemu Kedah, diikuti dua pasukan gergasi bola sepak Malaysia, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Ini adalah antara pertembungan yang baik untuk menilai kekuatan pasukan. Kami mahu mendapatkan keputusan yang positif,” katanya pada sidang media selepas aksi tertunda Liga Super bertemu Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada Selasa.

Beliau turut berharap skuad bimbingannya dapat memberikan saingan sengit dalam setiap perlawanan bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok terbaik liga.

“Kami harap mampu beri tentangan yang baik dan terus memperbaiki prestasi demi mencapai matlamat musim ini,” tambahnya.

Kuching City kini giat melakukan persiapan bagi memastikan pasukan berada pada tahap terbaik sebelum menghadapi cabaran getir dalam saingan Liga Super.

Terdahulu, skuad Kuching City FC tidak berdepan masalah menewaskan Sri Pahang FC 2-0 aksi tertunda Liga Super.

Kuching City mendahului 1-0 menerusi jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14 sebelum perlawanan ditangguhkan akibat hujan lebat pada 2 November lalu.

Sri Pahang cuba mengatur serangan, namun Kuching City bertahan dengan baik untuk mengekalkan kedudukan tanpa jaringan hingga rehat.

Pada babak kedua, David Rowley hampir menjaringkan gol pada minit ke-50, tetapi percubaannya tersasar. Beliau sekali lagi mencuba pada minit ke-61, namun ditepis penjaga gol Wan Muhammad Azraie.

Kuching City akhirnya memastikan kemenangan apabila Zahrul Nizwan Joe Kifli menjaringkan gol kedua pada masa tambahan separuh masa kedua.

Kemenangan itu menyaksikan wakil tunggal Sarawak itu berjaya menduduki kedudukan ke-5 liga dengan kutipan 30 mata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan