Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibrahim (kanan) dan Hilmy (kiri) menyempurnakan simbolik perasmian Bazar Ramadan “Rindok Raya 2025” di bangunan Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), di Kuching, hari ini. Foto Mohd Alif Noni

Dua bazar besar Ramadan di Satok tarik pengunjung tempatan dan pelancong

BySuara Sarawak

KUCHING, 5 Mac: Program jualan sempena Ramadan dan Hari Raya dapat membuka peluang kepada peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menambah pendapatan sekali gus mempromosikan produk masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata perkara tersebut juga dapat dilihat menerusi penganjuran Bazar Ramadan “Rindok Raya 2025” di bangunan Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), di sini.

“Jadi, ini adalah inisiatif yang baik dan kami sokong terutama sekali apabila ia berada di kawasan saya.

“Sekarang, kita juga mempunyai dua bazar yang besar – satu adalah Bazar Ramadan Satok dan satu lagi, Bazar Ramadan Rindok Raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Pelancaran Bazar Ramadan “Rindok Raya 2025” di pekarangan bangunan HEEC, di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau melihat penganjuran program jualan ini juga akan menceriakan kawasan Satok dengan kehadiran ramai pengunjung.

“Masyarakat kita gemar berkunjung ke Bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, dan sekitar 4 petang juga kawasan kita sudah mula sesak.

“Ia bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat tempatan tetapi, kita juga melihat ada pelancong asing juga berkunjung ke Bazar Ramadan Satok. Jadi ia meluas,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, Bazar Ramadan “Rindok Raya 2025” yang julung kali diadakan di HEEC itu juga menawarkan pelbagai jenis makanan, minuman, kek, biskut serta pakaian untuk Hari Raya.

“Jadi ini satu perkembangan yang baik, inisiatif seperti ini perlu digalakkan dan diteruskan lagi,” jelasnya.

Untuk rekod, bazar yang julung kali diadakan di HEEC itu turut menawarkan lebih 80 reruai jualan merangkumi makanan dan minuman serta keperluan Hari Raya.

Ia juga dianjurkan oleh Permodalan Satok Berhad dengan kerjasama Kuching Car Boot Sale Community dan akan berlangsung dari 2 hingga 30 Mac, dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk jualan pakaian di aras 1 dan 2 serta 1 petang hingga 7 malam bagi makanan dan minuman di aras bawah.

Sementara, beliau menyeru agar masyarakat dapat berbelanja dengan berhemat terutama sekali ketika Ramadan untuk mengelak berlaku pembaziran.

“Saya percaya masyarakat kita tidak membazir dan boleh berbelanja dengan berhemat, perkara ini penting untuk dipraktikkan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi ketika ini,” tegasnya.

Hadir sama Ketua Setiausaha Politik kepada Premier merangkap ADUN Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman; Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman; Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Sarawak (SCCI), Datuk Seri Abang Abdul Karim Tun Openg; serta wakil yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan