Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perak berpotensi menjadi hab utama bagi pembangunan loji jana kuasa solar terapung, sekali gus menyumbang kepada penjanaan sehingga 5.2 gigawatt (GW) tenaga di Semenanjung Malaysia. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Perak berpotensi jadi hab solar terapung, mampu jana 5.2 GW tenaga

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Perak berpotensi menjadi hab utama bagi pembangunan loji jana kuasa solar terapung, sekali gus menyumbang kepada penjanaan sehingga 5.2 gigawatt (GW) tenaga di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan melihat negeri itu sebagai antara kawasan strategik untuk pemasangan solar di badan dan permukaan air.

Jelas beliau, bagi menggalakkan pembinaan loji jana kuasa solar terapung, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melaksanakan dua penyesuaian dasar utama.

“Pertama, mewujudkan kategori khas solar terapung di bawah program Solar Berskala Besar (LSS) dan kedua, membuka pemasangan solar di badan serta permukaan air di bawah program Solar for Self-consumption (SelCo),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Howard Lee Chuan How (Pakatan Harapan – Ipoh Timur)  di Dewan Rakyat hari ini.

Howard bertanya sama ada kerajaan menawarkan insentif kepada pihak, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, yang berminat mengusahakan pemasangan solar di kawasan tasik semula jadi atau bekas lombong.

Sementara itu Akmal Nasrullah berkata, menerusi pelaksanaan dasar yang lebih fleksibel serta sokongan kerajaan, Perak berpotensi menjadi pusat utama pembangunan tenaga boleh diperbaharui melalui teknologi solar terapung.

“(Ini) sekali gus menyumbang kepada sasaran negara dalam peralihan tenaga hijau,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan