Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara barang dirampas dari suspek yang terbabit dalam kes-kes jenayah di Kuching pada Februari 2025. Foto PDRM

10 individu terlibat kes pecah rumah, curi kabel di Kuching

KUCHING, 5 Mac: Polis menahan sembilan lelaki dan seorang wanita disyaki terlibat kes pecah rumah, curi kabel dan memiliki senjata berbahaya di sekitar bandar raya ini sepanjang Februari 2025.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kesemua suspek dalam tiga kes berasingan itu merupakan warga tempatan yang berusia 18 hingga 50 tahun dan turut mempunyai rekod jenayah lampau, selain saringan air kencing mereka turut positif dadah.

Antara barang dirampas polis berkaitan kes-kes jenayah di Kuching. Foto PDRM

Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan dua lelaki disyaki terlibat dengan jenayah pecah rumah di kawasan Tabuan Jaya yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM20,000.

“Kes kedua melibatkan penangkapan dua lelaki dan seorang wanita di Jalan Laman Cenderawasih atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta memiliki peralatan disyaki untuk kegunaan pecah rumah.

“Turut dirampas kereta jenis Proton Saga yang menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Farhan berkata tangkapan ketiga melibatkan empat lelaki di Kampung Gita atas kesalahan memiliki senjata berbahaya seperti senapang angin buatan sendiri dan pelbagai peralatan disyaki untuk kegiatan curi kabel.

Beliau berkata kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan