Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Thailand menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 38 juta pelancong antarabangsa tahun ini. Foto fail AFP

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025

ByBernama

BANGKOK, 4 Mac: Thailand menerima ketibaan tujuh juta pelancong antarabangsa antara 1 Jan dan 2 Mac, menjana kira-kira 343.405 bilion baht (100 baht = RM13.21) dalam hasil pelancongan.

Menteri Pelancongan dan Sukan Sorawong Thianthong berkata China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), Rusia (504,449), Korea Selatan (389,482) dan India (367,542).

Beliau berkata industri pelancongan mencatatkan penurunan ketibaan pelancong antarabangsa merentasi semua segmen pasaran dalam tempoh itu susulan berakhirnya musim pelancongan musim sejuk dan permulaan Ramadan.

Thailand menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 38 juta pelancong antarabangsa tahun ini. Pada 2024, negara itu menerima lebih 35.5 juta pelawat yang menjana 1.67 trilion baht dalam hasil pelancongan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan