Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni menyampaikan cenderahati kepada Jaques Werner.

Sarawak dan Belanda berpotensi teroka kerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui

ByXiaoyuann

KUCHING, 4 Mac: Sarawak dan Belanda berpotensi untuk meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang terutama tenaga boleh diperbaharui.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata selain itu, wujud potensi untuk bekerjasama dalam kemudahan pelabuhan dan industri petrokimia.

“Kami akan bekerjasama kerana Sarawak bukan sahaja mempunyai sumber asli yang melimpah, tetapi juga telah merangka strategi yang kukuh dan mempunyai iltizam politik untuk melaksanakan semua pelan pembangunan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jaques Werner di pejabatnya di sini, hari ini.

Sementara itu, Jaques berkata kedutaannya melihat potensi untuk menyokong Sarawak dalam menangani kesan perubahan iklim serta mencari penyelesaian baharu.

“Kami juga melihat potensi besar dalam pembangunan hidrogen dan berminat untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.

“Oleh itu, lawatan saya kali ini bertujuan untuk mendengar sendiri daripada Timbalan Menteri mengenai pelan pembangunan Sarawak,” katanya.

Beliau kagum dengan perancangan Sarawak kerana ia bukan sahaja konsisten dan bercit-cita tinggi, tetapi juga bersifat realistik dan praktikal.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa Belanda bersedia membantu Sarawak dalam bidang pengurusan sumber air, mitigasi banjir, penyediaan air minuman bersih serta tenaga boleh diperbaharui. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan