Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkapan dan rampasan berkaitan minyak diesel di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dalam operasi Op Taring Landai. Foto PDRM

Polis Marin rampas minyak diesel bernilai RM105,000 dalam Op Taring Landai

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 4 Mac: Unit Risikan Marin, Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri telah merampas minyak diesel dalam operasi khas, Op Taring Landai pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, berkata pasukan terbabit menahan dan memeriksa sebuah kenderaan jenis pikap yang berada di tepi Jalan Melor, Bekenu, Miri.

“Hasil pemeriksaan, minyak diesel yang dirampas dianggarkan bernilai RM105,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Akta Bekalan 1961 dan barang rampasan bersama suspek telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk tindakan lanjut.

Beliau juga menggesa orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan haram ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan