Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembuat kek terkesan harga barangan naik. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Peningkatan harga barang, pengusaha kek lapis terkesan

BySalasiah Safian

MIRI, 4 Mac: Pengusaha kek tempatan antara yang sibuk di bulan Ramadan ini untuk menyiapkan tempahan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Juliana Abu Bakar yang merupakan salah seorang Pengusaha Kek Lapis Sarawak di Miri mengakui sedikit terkesan apabila harga bahan-bahan untuk membuat kek semakin naik setiap tahun.

“Jadi memang kita terkesanlah sebagai pengusaha kerana bulan puasa ini kita tahu banyak tempahan yang diterima dan juga pelanggan yang ‘walk in’ ke kedai. Dari segi bahannya, sebagai contoh pengemulsi kek (ovalette) harganya mencecah RM225.70 untuk satu tong (21 kilogram). Kalau sebelum pandemik, harganya dalam RM180 untuk 21 kg.

“Sebab ovalette satu tong tu kami akan habiskan dalam masa tiga hari untuk membuat kek lapis. Tepung, gula, telur pun naik harga. Oleh kerana kami dalam kategori usahawan mikro, jadi kami tidak dapat membeli bahan ini dengan harga subsidi,” katanya kepada TVS ketika ditemui di kilangnya hari ini.

Bercerita lanjut, Juliana berkata, setiap kali musim perayaan kekurangan stok bahan untuk membuat kek akan sentiasa dialami.

Selain membeli daripada pembekal, Juliana juga terpaksa membeli daripada kedai-kedai bahan kek tempatan dan sudah semestinya harga akan lebih tinggi dan ini menyebabkan Juliana menaikkan harga kek lapisnya.

Bagaimanapun, Juliana lega kerana pelanggannya memahami situasi tersebut.

“Biasanya pelanggan kami fahamlah kerana sebelum ini kami akan membuat pengumuman satu bulan lebih awal kepada para pelanggan,” ujarnya lagi.

Senada dengan Juliana, Pembantu Tukang Roti Dyezreel Jennxyes juga mengakui kenaikan harga tersebut.

“Ada sedikit peningkatanlah, dulu lebih murah. Bagaimanapun kami masih sibuk kerana mendapat tempahan daripada pelanggan untuk raya,” kata Dyezreel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan