Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Miri berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok tidak bercukai di perairan Lawas dalam satu operasi awal pagi Isnin. Foto (TVS)

Maritim Malaysia rampas rokok, minuman keras di Lawas

ByVanessa Enjop

MIRI, 4 Mac: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Miri berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok tidak bercukai di perairan Lawas dalam satu operasi awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri, Komander Mahkos Juing berkata, rampasan dilakukan berdasarkan maklumat risikan di lokasi 0.22 batu nautika (0.4 km) dari Tanjung Kuala Lawas, sebelum bot ronda Petir 80 diatur gerak ke kawasan tersebut.

“Bertindak atas maklumat risikan, bot Petir 80 telah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi dan penguatkuasaan di kawasan sekitar.

“Dalam operasi tersebut, pihak APMM merampas 50 kotak minuman keras atau bersamaan 1,200 tin serta 80 karton rokok dianggarkan mengandungi 16,000 batang rokok pelbagai jenama. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sekitar RM40,000,” katanya pada sidang media di Kompleks Zon Maritim Miri di sini, hari ini.

Tambahnya, sekitar jam 12.10 pagi, bot Petir 80 mengesan aktiviti mencurigakan pada jarak 0.1 batu nautika dari lokasi kejadian.

“Menyedari kehadiran bot Petir 80, sebuah pacuan empat roda berwarna putih dilihat memecut meninggalkan lokasi tersebut. Tindakan melarikan diri ini jelas menunjukkan cubaan untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan lanjut sekitar jam 12.20 pagi, pasukan penggeledah yang merapat di tebing sungai berhampiran berjaya menemui bungkusan hitam yang disyaki mengandungi rokok dan minuman keras tidak bercukai,” tambahnya.

Kes kini disiasat di bawah Akta Kastam 1967 atas cubaan menyeludup barangan tidak bercukai ke dalam negara. Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Barang rampasan telah dibawa ke kompleks Zon Maritim Miri untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Maritim Malaysia turut menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan di laut bagi membantu membanteras jenayah penyeludupan.

Sebarang maklumat atau aduan boleh disalurkan menerusi talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-649111 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 / 082-432016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan