Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penipuan pembayaran menggunakan QR Code semakin menjadi-jadi baru-baru ini apabila terdapat lima kes yang berlaku di dua pasaraya yang berbeza melibatkan kerugian sebanyak RM4,904.99. Foto IPD Padawan

Lima kes penipuan pembayaran QR Code babitkan dua pasaraya berbeza

ByAsmah Adenan

PADAWAN, 4 Mac: Penipuan pembayaran menggunakan QR Code semakin menjadi-jadi baru-baru ini apabila terdapat lima kes yang berlaku di dua pasaraya yang berbeza melibatkan kerugian sebanyak RM4,904.99.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, lebih kurang 4.30 petang semalam, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (BSJKD) Padawan telah menerima lima kes penipuan QR Code yang berlaku pada 21 Februari hingga 1 Mac lepas di dua pasaraya yang berbeza.

“Modus operandi yang dilakukan oleh sindiket penipuan menggunakan pembayaran melalui QR Code dengan penglibatan lebih kurang tiga hingga empat orang suspek yang masuk ke premis yang disasarkan.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek kes penipuan QR Code boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Magenderan A/l Muniandy di talian 017-3356810 atau Inspektor Risikan Operasi BSJKD Padawan, Inspektor Mohd Hisyam Mohd Shah di talian 014-6662855.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan