Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
James Harrison bersama cucunya, Trey. Foto Australian Red Cross Lifeblood

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia

ByBernama

ISTANBUL, 4 Mac: Seorang penderma darah paling dermawan di dunia, yang menyelamatkan 2.4 juta bayi, telah meninggal dunia pada usia 88 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan 7NEWS Australia pada Isnin.

James Harrison, penderma darah Australia yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali sepanjang hayatnya, meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan di New South Wales, Australia pada 17 Februari, menurut keluarganya dalam satu pengumuman pada Isnin.

Harrison mula menderma plasmanya pada 1954 ketika berusia 18 tahun dan berbuat demikian secara berkala selama lebih enam dekad sehingga mencapai usia 81 tahun.

Sepanjang tempoh itu, beliau menderma darah kira-kira setiap dua minggu, dengan jumlah derma keseluruhan 1,162, yang memberikannya gelaran “lelaki dengan lengan emas.”

Darahnya mengandungi antibodi jarang ditemui, dikenali sebagai Anti-D yang digunakan untuk menghasilkan ubat bagi wanita hamil yang darah mereka berisiko menyerang bayi dalam kandungan.

Harrison memutuskan untuk menjadi penderma darah tetap selepas menerima beberapa pemindahan darah ketika berusia 14 tahun semasa menjalani pembedahan paru-paru. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan