Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas, meningkatkan ancaman terhadap kediaman penduduk. Foto hiasan Envato

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya

ByBernama

MORIOKA, 4  Mac: Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas, meningkatkan ancaman terhadap kediaman penduduk.

Kebakaran di Ofunato, Wilayah Iwate memaksa penduduk berpindah sejak ia tercetus pada Rabu sebelum merebak ke kawasan lebih luas mengunjur ke pantai Pasifik, lapor agensi berita Kyodo berdasarkan maklumat daripada kerajaan tempatan.

Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba berjanji dalam sesi parlimen untuk “menggerakkan sepenuhnya keupayaan pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Diri (SDF) bagi mengelakkan kediaman penduduk terjejas.”

Anggota bomba dari seluruh negara dan pesawat SDF terus berusaha memadamkan kebakaran selepas berjaya menghalang api daripada memasuki kawasan kediaman di Ofunato pada Ahad.

Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana, kebakaran hutan ini adalah yang terbesar di Jepun sejak penghujung 1980-an. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan