Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail dari media sosial yang menunjukkan kapal layar Pilgrim tersangkut di beting pasir di Kuala Oya pada Disember 2024.

Kapal layar Pilgrim dari Rusia dicadangkan sebagai produk pelancongan di Oya

BySaibi Gi

KUCHING, 4 Mac: Ada cadangan untuk menjadikan kapal layar dari Rusia, Lodya ‘Pilgrim’, yang terkandas di pantai Kampung Senau, Oya, Mukah sebagai tarikan pelancong.

Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib berkata syor itu dikemukakan bekas Senator Dewan Negara Jaziri Alkaf Abdillah Suffian ketika berkunjung ke pejabatnya pada Isnin.

“Antara cadangan yang dikemukakan adalah kapal tersebut akan disumbangkan kepada kerajaan Sarawak sebagai sebuah tarikan pelancongan baru dengan keperluan kerja-kerja pembaikan.

“Bagaimanapun, perbincangan ini masih di peringkat awal dan sebarang keputusan memerlukan persetujuan pelbagai pihak,” kata Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah dalam hantaran di Facebooknya.

Kapal layar dari Rusia ini diperbuat menggunakan kayu yang disifatkan sebagai bersejarah dan mempunyai pengaruh seni pertukangan dari abad ke-16 hingga ke-18.

“Ia juga telah melalui banyak ekspedisi dan belayar mengelilingi dunia sejak sekian lama,” katanya.

Kapal itu menarik kehadiran ramai penduduk setempat sejak ia tersadai di pantai pada 20 Disember 2024.

Ia tersangkut di beting pasir selepas di badai ombak dan ribut ketika empat krunya belayar dari Filipina ke Kuching.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan