Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai diingatkan agar tidak mengklik pautan yang terkandung dalam mesej pautan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang menyamar sebagai pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Foto Envato.

Jangan klik pautan SMS menyamar pihak JPJ

ByBernama

PUTRAJAYA, 4 Mac: Orang ramai diingatkan agar tidak mengklik pautan yang terkandung dalam mesej pautan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang menyamar sebagai pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata JPJ tidak pernah menghantar sebarang pautan berkaitan urusan lesen memandu melalui SMS kepada orang awam.

“JPJ telah menerima aduan daripada orang awam berhubung SMS yang mengandungi pautan berkaitan lesen memandu.

“SMS yang dihantar menggunakan nama MyJPJ itu dikenal pasti  mengandungi pautan ‘phishing’ atau ‘memancing data’ untuk tujuan memperdaya orang awam,” katanya

Aedy Fadly berkata sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan mana-mana platform yang menawarkan perkhidmatan JPJ yang tidak sah bagi mengelak sebarang penipuan dan kerugian.

Beliau berkata orang ramai juga perlu merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut.

“Jabatan ini berusaha dan komited untuk memastikan keselamatan serta kesejahteraan orang awam terutamanya pelanggan JPJ, sentiasa terpelihara. Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan menerusi portal aduan rasmi JPJ di https://jpj.spab.gov.my/,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan