Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika menerima kunjungan hormat daripada Jacques Werner. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Belanda sedia kongsi kepakaran untuk meningkatkan sektor utiliti di Sarawak

ByConnie Grace

KUCHING, 4 Mac: Dalam usaha memperkukuhkan kerjasama antarabangsa, Kerajaan Belanda menunjukkan komitmen untuk berkongsi kepakaran mereka dalam sektor utiliti dengan Sarawak.

Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jacques Werner berkata, Kerajaan Belanda, yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam bidang pengurusan air dan tenaga, akan menyediakan bantuan teknikal dan pakar-pakar untuk membantu Sarawak menghadapi cabaran dalam sektor utiliti.

“Kerjasama ini akan membuka peluang besar untuk Sarawak dalam meningkatkan infrastrukturnya, terutamanya dalam memastikan bekalan air dan elektrik yang lebih stabil dan berkualiti untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di pejabatnya di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, dalam menghadapi perubahan iklim yang menyebabkan peningkatan risiko banjir, Sarawak memerlukan pendekatan yang lebih mampan dalam pengurusan sumber air, dan dengan bantuan kepakaran Belanda, diharapkan masalah ini dapat diatasi.

Menurutnya, dengan teknologi terkini dan kaedah inovatif dalam pengurusan air, Belanda dapat memainkan peranan penting dalam memperkenalkan sistem yang dapat mengawal banjir dan meningkatkan kualiti air.

“Selain itu juga dengan memastikan akses yang lebih baik kepada air bersih dan meningkatkan ketahanan terhadap bencana alam seperti banjir,” tambah Werner lagi.

Justeru, menerusi perkongsian ini ia bukan sahaja akan memberi manfaat kepada Sarawak dari segi teknikal, tetapi juga dalam meningkatkan kapasiti tempatan dalam pengurusan dan penyelenggaraan infrastruktur air.

Ujarnya, dengan projek-projek bersama yang melibatkan pakar-pakar Belanda, Sarawak berpotensi untuk membina masa depan yang lebih selamat, mampan, dan sejahtera untuk rakyatnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan