Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media AS. Foto fail AFP

AS gantung bantuan ketenteraan kepada Ukraine – Laporan

ByBernama

WASHINGTON, 4 Mac: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media AS.

Tindakan itu diambil hanya beberapa hari selepas Trump bertemu dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di Pejabat Oval.

Menurut stesen penyiaran AS, Fox News yang memetik kenyataan seorang pegawai kanan kerajaan yang tidak dinamakan, keputusan itu bukan bersifat kekal, sebaliknya hanya sementara.

Akhbar The New York Times pula melaporkan bahawa sokongan akan disambung semula sebaik Trump memastikan Ukraine komited terhadap rundingan damai dengan Rusia.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Rumah Putih.

Di bawah pentadbiran Joe Biden sebelum ini, AS merupakan penyokong terbesar dan terpenting Ukraine dalam operasi pertahanannya terhadap Rusia.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan