Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mereput ditemukan di tandas terbiar dekat Pantai Bukit Keluang, di sini semalam. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Mayat reput ditemukan dalam tandas terbiar

ByBernama

JERTIH, 3 Mac: Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mereput ditemukan di tandas terbiar dekat Pantai Bukit Keluang, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata polis menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan mayat dalam tandas terbengkalai dan terpencil itu pada 4.21 petang.

“Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia lebih tujuh hari berdasarkan keadaan mayat sudah mereput dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah di lokasi penemuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Md Sani berkata temu bual dengan saksi awam mendapati lelaki itu orang kurang upaya (OKU) mental, yang sering berada di situ hampir setiap hari, namun tidak kelihatan sejak lebih seminggu lepas.

“Seorang lagi saksi dipercayai abang kepada lelaki itu berkata adiknya tidak pulang ke rumah untuk tempoh sama, bagaimanapun tiada laporan polis dibuat,” katanya.

Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini, untuk pengecaman oleh keluarga dan bedah siasat dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan