Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vietnam menyatakan sokongan padu terhadap keutamaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun ini sekali gus mengukuhkan keyakinannya terhadap kepimpinan negara ini dalam mengemudi blok serantau ke arah kemajuan yang lebih bermakna. Foto ASEAN

Vietnam sokong keutamaan kepengerusian ASEAN-Malaysia pada 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Vietnam menyatakan sokongan padu terhadap keutamaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun ini sekali gus mengukuhkan keyakinannya terhadap kepimpinan negara ini dalam mengemudi blok serantau ke arah kemajuan yang lebih bermakna.

Jabatan Dasar Perdagangan Pelbagai Hala Vietnam berkata, pihaknya percaya Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memacu ASEAN ke arah pencapaian yang signifikan dengan matlamat mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi antara ASEAN.

“Sebagai sumbangan kepada kejayaan Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-31 (AEMR31), Vietnam menyediakan input dan mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan mengenai topik agenda serta menyatakan sokongan terhadap keutamaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia pada 2025.

“(Vietnam juga) menegaskan (keyakinan) iaitu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 akan terus mengemudi ASEAN ke arah pencapaian yang signifikan selaras dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, mengenai AEMR31 yang diadakan di Desaru, Johor dari 22 hingga 27 Feb, 2025, delegasi Vietnam dipimpin oleh Timbalan Menteri Industri dan Perdagangannya, Nguyễn Sinh Nhật Tân bersama wakil-wakil dari Kementerian Industri dan Perdagangan serta Kementerian Luar Negerinya.

Ia juga berkata di luar mesyuarat tersebut, kepimpinan dari Kementerian Industri dan Perdagangan Vietnam mengadakan sesi kerja selain perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Perdagangan dan Industri Singapura.

Selain itu, perbincangan turut diadakan bersama Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (Pengerusi ASEAN 2025), Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Filipina serta delegasi-delegasi lain.

“Perbincangan ini tertumpu kepada program kerjasama dua hala selain penyelesaian isu dalam hubungan perdagangan dua hala, khususnya dalam produk pertanian dan bidang-bidang lain yang mempunyai kepentingan bersama,” katanya.

Permukiman itu diadakan bersempena dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ yang mencerminkan aspirasi negara bagi mewujudkan komuniti ASEAN yang lebih terangkum, makmur dan mampan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan