Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata Presiden Volodymyr Zelensky pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto hiasan Envato

Ukraine, UK tandatangani perjanjian pinjaman untuk pengeluaran senjata di Ukraine

ByBernama

ISTANBUL, 2 Mac: Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan “ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine,” kata Presiden Volodymyr Zelensky pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu hantaran di X, Zelensky berkata beliau mengadakan “pertemuan yang bermakna dan mesra” dengan Perdana Menteri UK Keir Starmer, di mana mereka membincangkan cabaran yang dihadapi Ukraine dan Eropah, usaha penyelarasan bersama, langkah untuk memperkukuh kedudukan Ukraine terhadap Rusia, serta memastikan keamanan yang adil dengan jaminan keselamatan.

Zelensky menyatakan bahawa Starmer menegaskan semula “sokongan berprinsip” UK dan menekankan bahawa perjanjian pinjaman itu “akan meningkatkan keupayaan pertahanan Ukraine serta akan dibayar balik menggunakan hasil daripada aset Rusia yang dibekukan.”

“Dana ini akan disalurkan untuk pengeluaran senjata di Ukraine. Inilah keadilan sebenar – pihak yang memulakan perang harus menanggung kosnya,” tambah Zelensky.

Pemimpin Ukraine itu juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat UK atas sokongan mereka sejak perang bermula, sambil menyatakan bahawa beliau berbesar hati mempunyai “rakan strategik” yang berkongsi visi sama untuk masa depan yang selamat.

Zelensky dijadual menghadap Raja Charles pada Ahad.

Lawatannya ke UK diadakan susulan pertemuan yang berlangsung tegang pada Jumaat antara beliau, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Naib Presiden JD Vance di Rumah Putih.

Trump mengkritik pendirian Zelensky semasa perbincangan itu, manakala pemimpin Ukraine itu mengulangi harapannya agar sokongan kepada negaranya diteruskan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan