Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat pekerja maut manakala operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan untuk mencari lima lagi selepas kejadian runtuhan salji yang berlaku negeri Uttarakhand, Himalaya, di utara India, lapor Anadolu Ajansi pada Sabtu. Foto AFP

Runtuhan salji di Himalaya, India ragut empat nyawa, lima pekerja masih terperangkap

ByBernama

NEW DELHI, 2 Mac: Empat pekerja maut manakala operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan untuk mencari lima lagi selepas kejadian runtuhan salji yang berlaku negeri Uttarakhand, Himalaya, di utara India, lapor Anadolu Ajansi pada Sabtu.

Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat berskala besar di daerah Chamoli selepas runtuhan salji menimbus lebih 50 pekerja daripada Organisasi Jalan Sempadan pada Jumaat.

Pegawai pertahanan India yang turut terlibat dalam operasi mengesahkan, walaupun 50 pekerja diselamatkan, empat orang meninggal dunia akibat kecederaan. Operasi menyelamat masih digerakkan untuk mengesan lima orang yang tertimbus.

Jurucakap pertahanan Lt. Kol. Manish Srivastava berkata helikopter digunakan secara berterusan untuk mengangkut peralatan penting, sumber dan memindahkan yang cedera.

Beberapa negeri di utara India mengalami hujan lebat dan salji turun dalam beberapa hari kebelakangan ini, mengakibatkan tanah runtuh di beberapa kawasan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan