Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih pada malam pertama bulan Ramadan 1446H di Masjid Sultan Idris Shah II malam Sabtu. Foto Bernama

Ramadan: Umat Islam seluruh negara imarahkan masjid, tarawih malam Sabtu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Kemeriahan menyambut kedatangan Ramadan 1446H mula dirasai dengan rata-rata umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih pertama secara berjemaah malam Sabtu sebelum mula berpuasa hari ini.

Di SELANGOR, jalan menuju ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) sesak dengan kenderaan dan parkir masjid negeri itu yang mampu memuatkan sehingga 24,000 jemaah penuh.

Tinjauan Bernama mendapati pihak pengurusan MSSAAS mengambil inisiatif menyediakan khidmat kereta ‘buggy’ kepada jemaah yang terpaksa meletakkan kenderaan mereka di luar pekarangan masjid.

Di TERENGGANU, dianggarkan seramai 2,000 jemaah mengimarahkan Masjid Abidin di Kuala Terengganu bagi menunaikan solat tarawih yang diimamkan Syeikh Mohamed Abdul Hamed Kulaib, imam khas diterbangkan dari Mesir.

Begitu juga di Masjid Sultan Mansur dekat Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu, KELANTAN; Masjid Sultan Ismail di Batu Pahat, JOHOR; Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bukit Mertajam, PULAU PINANG; dan Masjid Zahir, KEDAH, jemaah memenuhi ruang masjid bagi menunaikan ibadah ‘eksklusif’ yang hanya boleh dilakukan pada bulan penuh keberkatan untuk umat Islam berkenaan.

Di SARAWAK, tinjauan Bernama di Masjid Jamek Negeri di Kuching mendapati kira-kira 3,000 jemaah dari sekitar bandar raya itu hadir bagi menunaikan solat tarawih malam tadi, meskipun dalam keadaan hujan renyai sejak petang Sabtu.

Suasana sama dirasai di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, SABAH, dengan lebih 1,000 jemaah mengimarahkan masjid dengan solat tarawih dipimpin ketua imam Mohd Zamzuhardi Zakaria Al-Hafiz. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan