Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew melawat tapak Velosolution Pump Track semasa awal pembinaannya tahun lalu. Foto TVS

Pump track ke-1058 dunia di Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 2 Mac: Velosolution Pump track di Taman Bulatan Miri siap sepenuhnya dan bakal dirasmikan pada pertengahan Mac ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, dengan siapnya trek basikal tersebut ia akan menarik lebih ramai golongan muda untuk beriadah dan bersukan.

“Projek di Taman Bulatan itu sangat berjaya dan saya mengucapkan terima kasih kepada warga Miri kerana menggunakan kemudahan yang diberikan dengan sebaiknya dan terima kasih juga kerana memahami kekurangan ketika proses pembinaan, saya minta maaf.

“Saya gembira Pump Track ini berjaya disiapkan. Ia dijadualkan dibuka pada pertengahan Mac, untuk sesi penyerahan dan segala perkara berkaitan. Mungkin kami akan meminta golongan muda untuk mengadakan pameran dan ia adalah sangat bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Jualan Rahmah Madani di Miri pada Ahad.

Menurutnya, bersebelahan dengan pump track tersebut adalah skate park dan gelanggang bola keranjang yang cukup popular di Miri.

Katanya, Taman Bulatan Miri terus menjadi tarikan penduduk setempat untuk beriadah dan bersukan.

Velosolution pump track di Taman Bulatan Miri menjadi tapak aksi sukan ekstrem berbasikal yang ke-1058 dalam peta ‘pump track’ dunia.

Dengan siapnya trek tersebut, Miri mampu menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Dunia Red Bull UCI Pump Track. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan