Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbelanjaan makanan bagi golongan berpendapatan paling rendah di Korea Selatan melonjak hampir 40 peratus dalam tempoh lima tahun berikutan inflasi makanan yang semakin meningkat Foto Envato

Perbelanjaan makanan golongan berpendapatan rendah K.Selatan naik 40 peratus dalam 5 tahun

ByBernama

SEOUL, 2 Mac: Perbelanjaan makanan bagi golongan berpendapatan paling rendah di Korea Selatan melonjak hampir 40 peratus dalam tempoh lima tahun berikutan inflasi makanan yang semakin meningkat, lapor Yonhap dengan memetik data kerajaan pada Ahad.

Golongan dalam kategori 20 peratus pendapatan terendah membelanjakan secara purata 434,000 won (US$300) sebulan untuk makanan pada 2024, meningkat sebanyak 121,000 won atau 38.6 peratus berbanding 313,000 won pada 2019, menurut data Statistik Korea.

Secara keseluruhan, perbelanjaan makanan isi rumah di Korea Selatan meningkat sebanyak 175,000 won atau 26.3 peratus kepada purata 841,000 won dalam tempoh lima tahun.

Golongan berpendapatan tertinggi pula membelanjakan 1.32 juta won untuk makanan, meningkat 27.1 peratus daripada 1.04 juta won dalam tempoh sama.

Kenaikan perbelanjaan makanan itu didorong oleh inflasi harga makanan yang ketara di negara itu.

Indeks harga makanan dan minuman mencecah 122.9 pada 2024, meningkat 28.3 peratus daripada 95.8 pada 2019, melebihi peningkatan 14.8 peratus dalam keseluruhan indeks harga pengguna Korea Selatan dalam tempoh lima tahun itu.

Selain itu, indeks harga perkhidmatan makanan, termasuk restoran dan katering, meningkat 22 peratus daripada 99.2 kepada 121 dalam tempoh yang sama.

Pakar berpendapat bahawa kenaikan mendadak harga makanan memberi kesan lebih besar kepada individu berpendapatan rendah kerana mereka biasanya secara purata membelanjakan peratusan lebih tinggi daripada pendapatan mereka untuk makanan berbanding golongan berpendapatan tinggi.

Menurut data berasingan Statistik Korea, golongan berpendapatan terendah membelanjakan 45 peratus daripada pendapatan boleh guna mereka untuk makanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan