Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) pada Sabtu mengumumkan kelulusan peraturan baharu bagi menangani tindakan membuang masa oleh penjaga gol, lapor Anadolu Ajansi (AA).  Foto hiasan Envato

Penjaga gol buang masa akan dihukum dengan sepakan sudut di bawah peraturan baharu

ByBernama

ANKARA, 2 Mac: Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) pada Sabtu mengumumkan kelulusan peraturan baharu bagi menangani tindakan membuang masa oleh penjaga gol, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-139 di Belfast, Ireland Utara, IFAB sebulat suara bersetuju untuk meminda peraturan mengenai sepakan percuma tidak terus.

Di bawah peraturan baharu itu, jika penjaga gol memegang bola lebih daripada lapan saat — selepas kira detik visual selama lima saat oleh pengadil — pasukan lawan akan diberikan sepakan sudut.

Sebelum ini, penjaga gol dikehendaki melepaskan bola dalam tempoh enam saat, dan sekiranya gagal, pasukan lawan akan diberikan sepakan percuma tidak terus, namun peraturan ini jarang dikuatkuasakan.

Selain itu, IFAB turut memperkenalkan peruntukan baharu kepada protokol Video Bantuan Pengadil (VAR), yang membolehkan pengadil membuat pengumuman selepas semakan VAR atau semakan VAR yang dilanjutkan.

Dalam satu kenyataan, IFAB juga menekankan garis panduan baharu yang memperkukuh prinsip bahawa hanya kapten pasukan dibenarkan menghampiri pengadil dalam situasi tertentu.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan