Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang daripada 102 keluarga setakat 8 pagi ini yang masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid. Foto fail APM Telupid Page (FB)

Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 2 Mac: Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang daripada 102 keluarga setakat 8 pagi ini yang masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid.

Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, sebanyak enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman Sabah itu.

“Sebanyak 42 orang daripada 14 keluarga berada di Balai Raya Maau Kampung Kiabau dan 89 orang daripada 23 keluarga di Dewan Kampung Rancangan Nangoh,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dewan Kampung Bambangan pula menempatkan 92 orang daripada 24 keluarga, Masjid Lama Kampung Gana Jati (115 orang daripada 40 keluarga) dan Masjid Kampung Tembidong-Bidong (dua orang daripada satu keluarga). -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan