Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha bercakap kepada media mengenai Majma' Fest. Foto TVS

Majma’ Raya Fest kembali tempat pilihan cari kelengkapan raya

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 2 Mac: Umat Islam yang ingin membuat persiapan awal menyambut Aidilfitri kini boleh berkunjung  ke Majma Mall untuk mendapatkan pelbagai keperluan di Majma’ Raya Fest.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha berkata, sebanyak 53 reruai dibuka dalam edisi kelapan penganjuran festival raya tahun ini.

Menurutnya, program tahunan itu menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tetapi peniaga yang mencari peluang memasarkan produk mereka.

“Kami menerima banyak sokongan daripada semua pihak yang ingin berjual ke sini dan oleh kerana ruang yang terhad, kami tak dapat terima semua.

“Pada kali ini akan ada sekitar 53 gerai di sini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Majma Raya Fest di Majma Mall, di sini, hari ini.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur di atas sambutan yang amat baik pada penganjuran tahun lepas sehingga membolehkan peniaga turut serta mendapat keuntungan menggalakkan.

“Pada tahun-tahun lepas saya dimaklumkan hasil mereka amat menggalakkan sebab itu saya mohon kepada semua masyarakat Islam seandainya memerlukan pakaian raya di saat akhir, boleh berkunjung di sini, dan sokong lah tempat ini,” ujarnya.

Majma Raya Fest 2025 menyaksikan penyertaan seramai 135 peniaga termasuk 68 peniaga sedia ada di Majma’ Mall, 52 peniaga khemah arcum, 14 peniaga makanan dan satu reruai jualan kereta (Nortmont).

Menariknya, tahun ini waktu operasi akan dilanjutkan hingga 12 tengah malam terutama menjelang minggu akhir Ramadan dan beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam pada waktu ini.

Festival anjuran Pengurusan Kompleks Islam Sarawak, Majma’ Mall juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah setiap minggu, bacaan al-Quran pada setiap hari jam 10 hingga 11 pagi, hiburan busker di pekarangan Majma Mall pada hujung minggu, pertandingan lagu raya, program demo masakan serta agihan bubur lambuk. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan