Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dengan jutaan rakyat Indonesia bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri, kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun. Foto TVS

Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan sempena Aidilfitri dan Nyepi

ByBernama

JAKARTA, 2 Mac: Dengan jutaan rakyat Indonesia bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri, kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.

Inisiatif yang membolehkan pekerja bekerja dari luar pejabat sebelum Aidilfitri itu bertujuan menyuraikan perjalanan secara berperingkat serta mengelakkan kesesakan teruk di lebuh raya, lapangan terbang dan pengangkutan awam, menurut kenyataan Kementerian Penyelaras Bidang Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah.

Menterinya, Agus Harimurti Yudhoyono berkata dasar itu dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pentadbiran dan Pembaharuan Birokrasi bagi melaksanakan FWA, yang sebelum ini dikenali sebagai ‘bekerja dari mana-mana’, bagi mengagihkan aliran pergerakan dengan lebih sekata dan mengurangkan kesesakan puncak.

“Bermula 24 Mac, seminggu sebelum Aidilfitri, kami menjangkakan FWA akan dilaksanakan bagi membolehkan orang ramai memulakan perjalanan lebih awal dan mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya ketika melawat Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten, baru-baru ini.

Agus berkata cabaran tahun ini lebih besar kerana Aidilfitri berbetulan dengan Nyepi, Hari Senyap masyarakat Hindu di Bali, dan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyesuaikan cuti sekolah bagi menguruskan peningkatan jumlah pengembara.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa bagi semua yang menyambut Aidilfitri,” katanya.

Tradisi pulang ke kampung sempena Aidilfitri di Indonesia, dikenali sebagai “mudik”, melibatkan puluhan juta orang bergerak ke seluruh negara, sering menyebabkan kesesakan teruk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan