Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha menangkap harimau kumbang dilaksanakan sejak tiga tahun lepas, setelah menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran haiwan itu. Foto Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association

Harimau Kumbang masuk perangkap Perhilitan di Kuala Pilah

ByBernama

KUALA PILAH, 2 Mac: Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol, di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan Faizal Izham Pikri berkata pihaknya menerima maklumat harimau kumbang memasuki perangkap pada 7.40 pagi.

“Petugas Perhilitan tiba di lokasi dan mendapati seekor harimau kumbang jantan mengalami kecederaan dan doktor veterinar Perhilitan mengesahkan harimau kumbang itu cedera di bahagian muka dan leher

“Usaha menangkap harimau kumbang dilaksanakan sejak tiga tahun lepas, setelah menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran haiwan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Faizal Izham, berdasarkan rakaman kamera yang dipasang di sekitar tiga perangkap harimau kumbang mendapati hidupan liar itu cuba memasuki perangkap yang mempunyai umpan kambing namun tidak berjaya kerana bersaiz besar.

“Sehubungan itu, pihak kami membuat keputusan memasang perangkap harimau belang untuk memerangkap harimau kumbang tersebut. Akhirnya memasuki perangkap setelah mengambil masa lebih kurang tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata haiwan tersebut akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk rawatan sebelum pelepasan dilakukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan