Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir kilat di Ecuador ragut 1 nyawa, 3 cedera. Foto hiasan Envato.

Banjir kilat di Ecuador ragut 1 nyawa, 3 cedera

ByBernama

QUITO, 2 Mac: Sekurang-kurangnya seorang maut dan tiga yang lain cedera selepas banjir kilat dicetuskan oleh hujan lebat melanda Pinas di wilayah pesisir El Oro, Ecuador pada Jumaat malam, lapor Xinhua.

Perkhidmatan Pengurusan Risiko dan Kecemasan Kebangsaan (SNGRE) berkata banjir itu menjejaskan tiga kawasan di Pinas, memaksa 400 orang dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

Sekurang-kurangnya 10 rumah musnah, 60 kediaman rosak, dan beberapa perniagaan turut terjejas.

Presiden Ecuador Daniel Noboa mengarahkan agensi kerajaan segera dikerahkan bagi membantu usaha bantuan di El Oro, satu daripada lapan wilayah yang diisytiharkan darurat susulan hujan lebat berterusan.

Anggota bomba meneruskan operasi pemindahan pada Sabtu, manakala pasukan kecemasan menilai kerosakan serta menggerakkan bantuan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan