Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden JCI Miri, Sam Yong Chuen Nian ketika ditemui TVS pada JCI Miri 63rd Installation Awards Luncheon di sini, hari ini. Foto: Vanessa Enjop (TVS)

Bangunkan belia dengan langkah proaktif, agresif

ByVanessa Enjop

MIRI, 2 Mac: JCI Miri terus memperkukuhkan komitmennya dalam membangunkan belia dengan langkah proaktif dan agresif.

Presidennya, Sam Yong Chuen Nian berkata, pihaknya sentiasa berusaha gigih untuk memperkasa belia selari dengan misi JCI Malaysia yang berhasrat melahirkan pemimpin muda berdaya saing dan mampu memberi impak positif di peringkat tempatan dan global.

“Selaras dengan tema JCI Malaysia tahun ini, ‘Ignite Unity’, kami percaya segala perubahan bermula dari diri sendiri. Melalui JCI, kami berusaha menjadi individu lebih baik setiap hari dengan mengamalkan tabiat positif secara konsisten (atomic habits),” katanya ketika ditemui TVS dalam JCI Miri 63rd Installation Awards Luncheon di sini, hari ini.

Menurutnya, tema tersebut menggalakkan ahli JCI Miri untuk mengadaptasi konsep “atomic habits”—pendekatan membentuk tabiat kecil yang konsisten bagi menghasilkan perubahan besar dalam jangka panjang.

“Kami percaya usaha kecil yang dilakukan secara berterusan mampu mencipta impak besar. Dengan membina tabiat positif secara konsisten, kita bukan sahaja memperbaiki diri sendiri tetapi juga mempengaruhi masyarakat ke arah kebaikan,” ujarnya.

Tambahnya, tema tersebut akan menjadi panduan dalam merancang pelbagai program sepanjang tahun 2025 termasuk inisiatif kelestarian seperti projek pengurangan sisa plastik dan kempen kesedaran alam sekitar.

“Kami mahu memastikan setiap ahli JCI memahami perubahan bermula dari tindakan kecil. Contohnya, melalui kempen mengurangkan sisa plastik di Miri, kita bukan sahaja mendidik masyarakat tetapi juga memupuk sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan