Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratu luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah. Foto Aaliyah Yoong Hanifah(FB)

Aaliyah raih tiga emas di Kejohanan Universiti Dunia IWWF

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Ratu luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah memulakan musim 2025 dengan cemerlang apabila meraih tiga pingat emas di Kejohanan Universiti Dunia Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Antarabangsa (IWWF) di Auckland, New Zealand.

Atlet berusia 21 tahun itu meraih emas acara jump wanita selepas melakukan 44.7 meter (m), mengetepikan cabaran wakil Austria Lili Steiner yang mencatatkan 43.5m manakala wakil tuan rumah Lily Meade gangsa dengan 41.5m.

Aaliya meneruskan kecemerlangan dengan meraih emas kedua dalam acara tricks wanita dengan mencatat keseluruhan 7,970 mata mengatasi pencabar dari Kanada Hannah Stopnicki (5,760 mata) untuk perak manakala gangsa milik atlet Australia, Layne Moroney (5,050).

Bagi acara slalom pula, Aaaliya menamatkan saingan di tempat keenam dengan 2.00/55kph/12.00m.

Kejayaan dua emas acara jump dan tricks serta tempat keenam slalom, membolehkan Aaliya merangkul emas ketiga selepas muncul juara keseluruhan dengan jumlah dikumpul 2,863.64 mata., manakala Steiner di tempat kedua dan Meade ketiga.

“Emas pertama acara jump sangat luar biasa. Sejak 13 tahun lepas, setelah menangi emas acara tricks di Sukan SEA 2011 pada usia lapan tahun, saya yakin bahawa suatu hari nanti akan jadi juara dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, ketua jurulatih kebangsaan Hanifah Yoong mengakui terkejut dengan pencapaian Aaliya kerana Persekutuan Ski Air & Wakeboard Malaysia (MWWF) hanya menyasarkan satu pingat emas dalam kategori keseluruhan dan penamat podium bagi acara jump dan tricks.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan