Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak hampir seminggu lalu di kawasan hutan berhampiran Rumah Panjang Luang Empaong, Roban, ditemui selamat pagi tadi Foto APM Saratok

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat

SARIKEI, 1 Mac: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa Kamoi Paun, 69, dijumpai dalam keadaan lemah kira-kira 9 pagi tadi oleh penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 24 Feb lepas.

“Mangsa ditemukan di dalam hutan kira-kira 300 meter dari Rumah Luang, dia mengalami luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jurucakap itu berkata sepanjang sesat di hutan, mangsa hanya bertahan dengan meminum air Sungai Roban dan memakan gula-gula yang dibawanya ketika keluar dari rumah.

Pasukan SAR segera membawa Kamoi menggunakan pengusung ke rumah panjangnya sebelum menyerahkan lelaki terbabit kepada petugas kesihatan Saratok untuk tindakan lanjut.

Kamoi yang menghidap penyakit darah tinggi dan lemah jantung telah keluar dari rumah panjangnya di Rumah Luang dengan berjalan kaki menuju ke pasar Roban kira-kira 8 pagi, 23 Feb, namun tidak pulang ke rumahnya sebelum operasi SAR dilakukan untuk mencarinya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan