Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat islam khususnya di Sarawak

Tun Wan Junaidi zahir ucapan selamat menyambut Ramadan

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 1 Mac: Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat islam khususnya di Sarawak.

Dalam satu kenyataan daripada Astana Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi menzahirkan rasa syukur di atas kesempatan yang dikurniakan untuk sekali lagi menyambut kedatangan bulan ramadan iaitu bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan keberkatan.

“Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT,” kata Tun Wan Junaidi.

Beliau turut mengambil kesempatan memohon kemaafan atas sebarang kekhilafan sama ada dalam tutur kata mahupun perbuatan sama ada disengajakan atau tidak.

Beliau mendoakan agar seluruh umat islam dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk meningkatkan amal ibadah serta memperbaiki diri di sepanjang bulan mulia ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan