Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah di sini, Rabu lepas. Foto Envato.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata kesemua mereka yang ditahan merupakan lelaki berusia 17 hingga 28 tahun dan merupakan penyokong perlawanan tinju yang berlangsung Selasa lepas.

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.45 tengah malam sebelum mengambil tindakan menahan individu terbabit sejurus selepas itu.

“Kesemua mereka direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 27 Feb,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sulizmie Affendy berkata polis akan merujuk kertas siasatan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan