Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman. Foto fail Bernama

Polis siasat dakwaan guru ada hubungan istimewa dengan murid

ByBernama

SEPANG, 1 Mac: Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan seorang guru sebuah sekolah di Dengkil di sini mempunyai hubungan istimewa dengan murid berusia 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa murid berkenaan pada Rabu.

“Bapa kandung tampil membuat laporan apabila mendapat tahu anak perempuannya sering dihubungi oleh guru berkenaan melalui aplikasi TikTok, Love8 dan WhatsApp.

“Perkara itu mencurigakan seperti tidak menampakkan hubungan antara seorang anak murid dan guru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata polis telah mengambil keterangan guru lelaki berusia 30-an itu semalam dan siasatan sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan berita dan maklumat tidak benar berkaitan kes ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan