Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja Kemboja di luar negara menghantar pulang kira-kira US$2.95 bilion pada 2024, sedikit meningkat daripada US$2.94 bilion pada tahun sebelumnya. Foto fail AFP

Kiriman wang pekerja Kemboja cecah US$2.95 bilion pada 2024

ByBernama

PHNOM PENH, 1 Mac: Pekerja Kemboja di luar negara menghantar pulang kira-kira US$2.95 bilion pada 2024, sedikit meningkat daripada US$2.94 bilion pada tahun sebelumnya, menurut laporan Kementerian Buruh dan Latihan Vokasional pada Sabtu, lapor Xinhua.

Sejumlah 1.38 juta warga Kemboja bekerja di luar negara sehingga tahun lepas, meningkat daripada kira-kira 1.35 juta pada tahun sebelumnya.

“Pada 2024, kementerian menemukan peluang pekerjaan di luar negara untuk 44,862 pekerja Kemboja, termasuk 17,270 wanita,” kata Menteri Buruh dan Latihan Vokasional, Heng Sour.

Pada masa yang sama, 18,561 pekerja Kemboja di luar negara, termasuk 6,934 wanita pulang ke tanah air, tambahnya.

Menurut laporan itu, lebih 1.2 juta pekerja migran Kemboja bekerja di Thailand, manakala selebihnya berada di Korea Selatan, Jepun, Malaysia, Singapura, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China dan Arab Saudi.

Pekerja Kemboja di Thailand dan Malaysia dianggarkan memperoleh purata gaji bulanan sekitar US$400, manakala mereka yang bekerja di Korea Selatan dan Jepun memperoleh kira-kira US$1,500. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan