Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin merasmikan Majlis Pembukaan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) ke-31 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Kerajaan sasar RM14 bilion eksport perabot kayu

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Kementerian Perladangan dan Komoditi menetapkan sasaran eksport perabot kayu sebanyak RM14 bilion bagi tahun ini.

Timbalan Menterinya Datuk Chan Foong Hin, berkata sasaran ini boleh dicapai berdasarkan peningkatan kadar eksport perabot kayu pada 2024.

“Tahun lepas, kadar eksport perabot kayu meningkat sebanyak 8.4 peratus dengan nilai RM9.9 bilion.

“Berdasarkan data ini, kita menjangkakan nilai eksport boleh mencapai angka dua digit,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pembukaan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) ke-31 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Tahun ini, kementerian turut menyasarkan jumlah eksport kayu sebanyak RM28 bilion, selari dengan rangka Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2030.

Bagi mencapai sasaran ini, Chan menggesa lebih banyak kolaborasi antara sektor awam dan swasta bagi meningkatkan eksport produk kayu ke pasaran antarabangsa.

Terdahulu, ketika membacakan teks ucapan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Chan memaklumkan bahawa Malaysia berjaya merekodkan eksport kayu berjumlah RM22.9 bilion, menunjukkan peningkatan sebanyak 4.9 peratus.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Ketua Pengarah MTIB, Saiful Bahri Salleh, dan Pengasas MIFF, Datuk Dr. Tan Chin Huat.

Memasuki edisi ke-31, MIFF 2025 menampilkan 742 pempamer dari 12 negara dan wilayah, termasuk Indonesia, Hong Kong, Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan, Vietnam, Jepun, China, Taiwan, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Malaysia.

Pada edisi sebelumnya, MIFF 2024 berjaya mencatatkan jualan di tapak sebanyak USD1.28 bilion dan dijangka mencatatkan nilai lebih tinggi tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan