Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hadir Majlis Penyampaian Geran Tahunan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), masjid, dan surau di kawasan Parlimen Petra Jaya hari ini. Foto Fadillah Yusuf (FB)

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang – Fadillah

KUCHING, 1 Mac: Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Ketua Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan berkata ia berikutan setakat ini, blok pembangkang secara keseluruhannya belum mengemukakan dokumen rasmi perincian cadangan mereka.

“Bila saya dah terima cadangan (nanti), baru saya dapat akan tubuhkan jawatankuasa di peringkat kerajaan dan jawatankuasa di peringkat pembangkang, kemudian barulah kita bincang, tapi sekarang ini apa nak dibincangkan?

“(Ahli Parlimen pembangkang) bercakap dengan media tetapi tidak melaksanakan apa-apa. Jadi saya tak dapat nak buat apalah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Geran Tahunan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), masjid dan surau kawasan Parlimen Petra Jaya, hari ini.

Semalam media melaporkan pihak pembangkang mendakwa mereka disyaratkan menghantar surat kepada timbalan perdana menteri itu sebelum jawatankuasa berkenaan ditubuhkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan