Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam orang cedera selepas sebahagian jambatan baharu di wilayah Isabela, utara Filipina runtuh pada Khamis, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa pada Sabtu. Foto AFP

Enam cedera selepas jambatan runtuh di Filipina

ByBernama

MANILA, 1 Mac: Enam orang cedera selepas sebahagian jambatan baharu di wilayah Isabela, utara Filipina runtuh pada Khamis, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa pada Sabtu.

Pejabat pengurusan risiko bencana wilayah memaklumkan kejadian berlaku selepas sebuah lori pengangkut melintasi jambatan itu.

Pembinaan jambatan itubermula pada 2014 dan dibuka kepada lalu lintas pada 1 Feb tahun ini.

Pemandu lori yang terlibat melarikan diri selepas kejadian tetapi menyerah diri pada pagi Jumaat dan kini berada dalam tahanan polis.

Jambatan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan, sementara pihak berkuasa menjalankan penilaian keselamatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan