Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Emart kembali dengan Mom & Kids Fair yang bermula dari 27 Februari hingga 12 Mac depan dan karnival ini akan berlangsung di semua cawangan Emart di Kuching, Miri, Bintulu dan Sabah. Foto TVS

Emart Mom & Kids Fair kembali dengan tawaran menarik

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 Mac: Emart kembali dengan Mom & Kids Fair yang bermula dari 27 Februari hingga 12 Mac depan dan karnival ini akan berlangsung di semua cawangan Emart di Kuching, Miri, Bintulu dan Sabah.

Lebih daripada 45 jenama terkemuka akan turut serta dalam acara itu dengan menawarkan pelbagai produk termasuk susu formula, lampin pakai buang, aksesori bayi, produk penjagaan diri bayi, barang permainan dan banyak lagi.

Bagi pelanggan setia Emart, terdapat tawaran istimewa sepanjang Mom & Kids Fair ini seperti pelanggan yang membeli barangan terpilih bernilai RM200 dan ke atas layak menerima baucar tunai RM5 secara percuma.

Tinjauan TVS di Emart Batu Kawa hari ini, mendapati rata-rata pelanggan berpuas hati dengan penganjuran festival jualan berkenaan yang memberikan banyak promosi terhadap barangan keperluan bayi.

Bagi seorang guru, Philoniza Miseng, 39, beliau amat tertarik dengan promosi yang ditawarkan Emart dan berhasrat untuk meninjau harga barangan bayi yang diperlukannya.

“Terdapat kawasan permainan kanak-kanak berdekatan karnival itu yang turut menarik perhatian anak saya, menjadikan keadaan lebih mudah untuk menghabiskan masa bersama bapanya di sana sementara saya mencari barangan keperluan untuk anak saya.

“Tambahan pula, banyak barangan seperti berus gigi dan ubat gigi ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan, menjadikannya satu pilihan yang sangat berbaloi,” katanya.

Sementara itu, bagi seorang suri rumah, Winnie Yat, 34, dia berkongsi mengenai keinginannya membeli biskut untuk bayi dan lampin pakai buang kerana barangan tersebut mempunyai promosi yang ketara.

Kata Winnie lagi, dia juga tidak akan melepaskan jualan promosi yang ditawarkan Emart kerana lokasinya yang berdekatan dengan rumah, selain boleh mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih berpatutan.

Bagi Law Chung Fun pula, 35, yang juga seorang guru, beliau berpendapat bahawa festival jualan seperti yang dianjurkan Emart pada kali ini perlu dilaksanakan secara kerap.

“Menerusi acara sedemikian, kita dapat menjimatkan sedikit wang ringgit kita, yang sememangnya memberi manfaat besar kepada sesebuah keluarga.

“Penjimatan ini bukan sahaja membantu dalam perbelanjaan harian, tetapi juga membolehkan kita menyimpan lebih banyak untuk masa depan anak-anak kita,” katanya.

Sebagai daya tarikan tambahan, Emart juga mengadakan pertandingan foto My Little Angel yang memberikan peluang kepada ibu bapa untuk memuat naik gambar kreatif anak mereka dan meraih undian.

Selain itu, untuk menjadikan hujung minggu lebih meriah, Emart turut menganjurkan pelbagai aktiviti interaktif, termasuk pertunjukan badut dan pemberian belon serta pertunjukan maskot.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat boleh mengunjungi Mom & Kids Fair di Emart berdekatan anda dan nikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan bersama keluarga.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti halaman Facebook rasmi Emart Malaysia di https://www.facebook.com/EmartMalaysia/. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan